21 Apr 2019, Berita Harian
Sasaran 41 peratus sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mampu dicapai menjelang tahun depan, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof. Beliau berkata, penekanan kepada eksport produk PKS tempatan akan menjadi keutamaan kerajaan dalam usaha merealisasikan sasaran yang ditetapkan itu. “Meskipun sumbangan ketika ini sekitar 38 peratus, kamin masih yakin ia mampu mencecah 41 peratus tahun depan. Namun, untuk mencapainya PKS perlu bergiat aktif dalam pasaran eksport berbanding lebih banyak import,” katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kebangsaan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) di sini, hari ini.
22 Mar 2019, Harian Metro
Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) yakin perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu menyumbang sehingga 41 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dapat dicapai menjelang tahun depan. Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, usahawan perlu memberi tumpuan dan menembusi sektor eksport serta mengambil peluang yang tersedia di pasaran dunia. “Fokus kepada cabang eksport juga berpotensi untuk membantu dalam mencapai sasaran 41 peratus sumbangan PKS kepada ekonomi negara.
22 Mar 2019, Nanyang Siang Pau
(吉隆坡21日讯) 迈向工业4.0,大马各领域究竟面临哪些障碍和挑战?商家该如何克服这些难题,转化成业务更上一层楼的机遇?在今天举行的“工业4.0全国大会“上,各路菁英点出我国朝向工业4.0的各项挑战及指点迷津,引领国内商家,尤其是广大的中小型企业业者顺利过渡这个转型过程. 综观各主讲人的演说重点,大马迈向工业4.0的主要挑战,包括人力资本开发,缺乏资金缺乏有效的变革管理,缺乏有关实施方案的知识,甚至出现领导隔阂,不知从何下手.